Friday, October 5, 2012

Dunia dan Kematian

  • selamat sejahtera ke atas kamu semua..
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (Kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)Surah Al-An'am 

Satu kelahiran dan satu kematian...hidup tetap perlu diteruskan...mati itu pasti!!
Ajal maut ditangan Allah. Aku sendiri masih kurang yakin dengan mutu dan kualiti amal ibadah aku. Aku malu dengan diri sendiri. Aku ada juga terbaca beberapa kisah dan fakta mengenai petanda dari 100 hari akan saat saat kematian seseprang itu. Sesungguhnya aku sangat takut akan kisah kisah yang berkaitan dengan kematian. Ya Allah, semoga dikau mengampuni segala dosa dosa ku. Semoga aku berada dalam keadaan yang elok dan bersedia tatkala menghadapi saat itu. Semoga aku sempat membersihkan diri aku dar noda noda hitam dan 1001 dosa yang telah dilakukakan samaada secara sengaja atau tidak. Semoga aku dijauhkan daripada ujian yang dikuatiri aku tidak mampu mengharunginya. Semoga godaan syaitan dan iblis dijauhi daripada aku, kedua ibu bapaku, keluarga aku, sanak saudara aku, kenalan aku serta umat Islam secara 
Mari bersama kita hayati kata-kata peninggalan Abu Hurairah ini, "Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangis apabila memikirkan perjalanan yang panjang dan bekalan diri yang sedikit ke alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, syurga dan neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah...

No comments: